“Ini dipanggil helαh, dan helαh hukumnya..” Ini Respons UAI Tentang Siakap Kayangan

Beberapa hari ini, semakin ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan kebanyakan sikap peniaga makanan.

Terutamanya sekali dengan peniaga restoran yang dikatakan meletakkan harga ikan siakap yang tidak masuk αkαl dan tinggi terhadap pelanggan.

Kejadian ini baru sahaja berlaku di Pulau Langkawi, Kedah, apabila ada pelanggan yang dikenakan bayaran RM1196.80 untuk siakap seberat 7.48kg.

Ramai yang memberi pendapat tentang perkara tersebut kerana ia dilihat tidak masuk akal, namun kedua-dua belah pihak, pelanggan dan restoran tersebut ada memberikan penjelasan masing-masing mengenai perkara itu.

Malah, Ustaz Azhar Idrus juga turut mengulas sedikit sebanyak mengenai perkara tersebut apabila ada ditanyakan ketika sesi ceramahnya.

“Apa yang perlu fahami ialah konsep asal jual beli ini. Hakikatnya kita perlu membeli terlebih dahulu kemudian barulah boleh dimakan.”

“Contohnya ayam goreng KFC, kita akan membayar terlebih dahulu. Ia menjadi hak milik kemudian barulah ia dimakan. Itu asal konsep jual beli.”

“Kalau kita pesan makanan, ikan seberat 2kg, peniaga hantar ikan 10kg, maka jangan makan. Kalau kita makan juga, ia bermakna kita bersetuju dengan saiz ikan.”

“Pihak penjual pula ambil ke.sem.pa.tan. Pelanggan buat pesanan lain, tapi penjual masak dan hidang yang besar.”

“Misalnya pelanggan pesan dua ekor ikan, tapi dihidangkan empat hingga ke lima ekor ikan. Ini dipanggil he.lah dan he.lah itu hukumnya ha.ram.”

“Jangan main-main, nak berjual beli belajarlah dahulu. Belajar tu percuma sahaja, supanya bila berniaga ia barakah (berkat).”

Untuk jawapan penuh UIA, boleh tonton video di bawah:


Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Greennews24h

[2] Gambar Utama, Berita Malaysia (Portal No 1) dan KOSMO

[3] Gambar 1, KOSMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *