K0ngsi Gambar Lengkap Berbusana Songket, Janna Nick Dah Bertunang?

Selebriti pelakon popular, Janna Nick sekali lagi telah menimbulkan spe.ku.la.si kepada ne.ti.zen apabila dia memuat naik gambar di Instagram miliknya.

Di dalam post tersebut kelihatan Janna sedang mengenakan pakaian pengantin bertemakan songket dan berlatar belakangkan pelamin yang indah.

“Mana ada tunang. Saya di set penggambaran ini.”

Janna Nick menjawab soalan apabila dia ditanya adakah Janna sedang melangsungkan pertunangan selepas memuat naik gambar tersebut.

Janna menje.laskan lagi gambar yang dimuatnaik oleh dia itu adalah sekadar untuk berkongsi pengalaman ketika dia berada di set pengambaran drama barunya.

“Tidak adalah. Takkan nak tunang tiba-tiba kan? Saya sedang di set penggambaran. Saja muat naik mahu pro.mo.si drama Shakira,” katanya.

Gambar yang telah dimuat naik oleh Janna telah mendapat lebih dari 82K tanda suka dan 900 k.o.m.e.n. Gambar berkapsyen 1 November 2021 itu telah membuatkan ramai tertanya-tanya terutama dalam kalangan peminat.

Rata-rata, orang ramai telah mengucapkan tahniah kepada Janna dan ada juga yang bertanya samada ini ade.gan dalam drama atau tidak.

Sebelum ini, dikatakan Janna telah berkongsi kisah hubungan cintanya dengan pelakon Dini Schatzmann secara terbuka.

Malah ada khabar angin mengatakan yang mereka sudah berkahwin di luar negara namum Dini dan Janna telah menafikan hal itu.

Sumber:

[1] Rujukan, Utusan Digital

[2] Gambar Utama, MyInfoTaip.com

[3] Gambar 1, Berita Kopak

[4] Gambar 2, Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *