Pαnαs Dengan Insidεn Jamu Selera Beralas Tong Kitar Semula, Isteri Aaron Aziz Tampil Betulkan Keadaan

Baru-baru ini, pelakon terkenal tanah air, Aaron Aziz tidak mahu mengulas lanjut isu yang melanda dirinya terpαksα makan beralaskan tong kitar semula sebagai meja ketika terbabit dalam sebuah program TV.

Hal ini dimaklumkan oleh isterinya, Diyana Halik ketika dihubungi oleh pihak media.

“Aaron minta maaf sangat dia tak nak komen tentang video itu. Alhamdulilah dah settle selesai pun. Maaf sangat-sangat,” jawabnya

Beberapa hari lepas, teraju utama filem KL G@ngstεr ini mendapat tumpuan ramai apabila memuat naik videonya yang menikmati makanan di atas t0ng kitar semula berwarna kuning di Instagram.

Aaron melalui penjelasan gambarnya tidak menund1ng jari pada penerbit rancangan itu atau stesen TV, tetapi menasihatkan ‘orang tengah’ program berkenaan perlu mengambil berat dengan hal ini.

“Yang lain ada nama dan bilik disediakan. Takpelah biar orang buat kita, jangan kita buat orang ye. Mus.ta.hil tak tahu Abang dijemput,” ulasnya.

Perkongsian video di Instagram yang dimuat naik oleh Aaron Aziz itu mendapat hampir 500,000 views setakat ini.

Berikutan kejadian yang tidak diingini itu berlaku, rata-rata rakan-rakan artis memenuhi ruangan komen bagi mezahirkan rasa terkεjut dengan insiden terbabit.

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Dalam pada itu, mereka merasakan bahawa perbuatan itu sungguh bia.dap dan tidak beradab.

Meskipun begitu, Aaron tidak memberi sebarang maklum balas terhadap komen-komen rakan-rakan artis terhadapnya.

Walau bagaimanapun, sikap sabar Datuk Aaron Aziz yang selαmbα jαmαh makanan di tempat sedemikian tetap dipuji ramai.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

 

Sumber:

[1] Rujukan dan Gambar Utama: Harian Metro

[2] Video: Instagram Aaron Aziz

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *