(Video) Fizo K0ngsi Kisah Perkenalan Dengan Isteri Baru, Sekali Maryam Pula `boc0rkan’ Rαhsianya

“Saya jumpa isteri dekat somewhere (suatu tempat). Selepas itu kami berkenalan, berkawan dan bercinta di musim P.K.P ”.

Demikian sedikit perkongsian yang diberitahu oleh pelakon, Fizo Omar apabila men.de.dah.kan proses perkenalan antara dirinya dengan isteri, Fazeera Nazri Azrai selepas seminggu bergelar suami isteri dalam InstaStory miliknya.

Ujar Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, lagi, dia berkawan dan mengenali hati budi wanita berusia 25 tahun itu selama lebih kurang setahun sebelum mengambil ke.pu.tu.san untuk menikahinya.

“Saya kenal isteri lebih kurang setahun. Sebelum ini dia b.e.k.a.s pramugari Qatar Airways dan tinggal di Doha. Kemudian dia balik ke Malaysia disebabkan P.K.P.

“Ketika itulah kami terjumpa dan berkenalan, berkawan dan bercinta ketika P.K.P. Isteri tinggal di Kuala Lumpur dan bu.kan.nya di Sarawak,” kata Fizo.

Menerusi pen.de.da.han itu juga, Fizo berkata apa yang penting menerusi perkahwinannya dengan Fazeera adalah kerana anaknya, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun boleh menerima kehadiran wanita tersebut.

“Apa yang paling penting, Maryam okay dengan isteri,” katanya ringkas.

Dalam diam, Maryam cuba menyelit ‘join sekali’ melalui video Instastory Fizo. Ada juga warganet berse.lo.roh berkata Maryam ‘kan.toi.kan’ rah.sia perkenalan ayah bersama baru ibunya itu. Rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Terdahulu, Fizo dan Fazeera selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana pada 21 Oktober lalu di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Mereka bagaimanapun ber.ce.rai pada Julai 2019.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar Utama, Fizo Omar (Instagram)

[3] Gambar dan Video, Fizo Omar (Instagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *