Gara-Gara Tunggu Order Terlalu Lama, Brader Ni Bancuh Sendiri Je Air Kat Kedai Mamak, Respons Netizen Pula Buat Berdekah

“Kawan ‘order’ (pesan) air tak sampai, jadi dia pergi dapur buat sendiri.”

Itulah perkongsian seorang pemuda yang merakam aksi rakannya membancuh minuman di.per.ca.yai di sebuah dapur restoran mamak.

Berdasarkan video berdurasi 56 saat yang dikongsi @urlilboy di TikTok, lelaki tersebut turut membancuh minuman untuk rakan-rakannya sebelum dibawa ke meja mereka.

Ketika kejadian, premis itu mungkin ke.ku.ra.ngan pekerja berikutan keadaan meja yang masih lagi ber.se.pah dan k.o.t.o.r.

“Semasa sampai meja ber.se.pah. Hampir setengah jam menunggu pekerja ambil pesanan, namun mereka tak buat apa-apa.

“Jadi saya pergi dapur ambil kain lap meja dan bawa cawan k.o.t.o.r ke dapur sebelum buat air,” katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai terhibur dengan a.k.s.i bersahaja pemuda tersebut me.la.yan diri seperti berada di rumah sendiri.

“Walaupun dia tak kenal erti m.a.l.u, tapi kawan-kawan macam ini memang berfungsi,” kata @Eyraazkria.

“Tak boleh nak marah dia sebab pesan minuman tak sampai, nasib buat air sahaja kalau dia masak sekali mungkin pemilik ambil dia bekerja,” ujar @Muhdadib.

Sehingga kini, perkongsian video itu meraih lebih 294,400 tontonan dan 58,000 tanda suka di akaun TikTok miliknya.

Di bawah ko.men-ko.men lucu dari pengguna TikTok yang lain:

 

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar Utama, Urlilboy (Tiktok)

[3] Gambar Lain-lain, Urlilboy (Tiktok)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *