Iqbal Pernah Kεna Hαlαμ Ketika Hujan, Tajuk Single ‘Hujan’ Merμngkai Segαlanya

Baru-baru ini, Ahmad Iqbal Zulkefli ataupun Iqbal menafikan kon.tro.ver.si melibatkan dirinya sebelum ini adalah strategi pemasaran sebelum muncul bersama single pertama, berjudul Hujan.

Iqbal megatakan bahawa dia memang bersunguh-sungguh untuk menghasilkan single Hujan dan tidak perlu melibatkan kon.tro.ver.si.

“Apabila saya katakan saya mahu buat, saya akan pastikan ia benar-benar tercapai. Jika ia adalah marketing, saya akan jelaskan bahawa ini adalah marketing,” ujarnya.

Bercerita mengenai Hujan, Iqbal berkata single tersebut memaparkan tentang perjalanan hidup dan suka-du.ka dilaluinya selama ini.

Tambahnya lagi, lagu tersebut akan mula dilancarkan pada 1 November ini serentak dengan muzik video rasmi di laman sosial YouTube Rusa Music.

“1 November lagu saya yang bertajuk HUJAN (Official Music Video) bakal ditayangkan di Youtube Rusa Music. Mengisahkan tentang kisah benar, perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini.

“Terima kasih pengarah video muzik Eric Fuzi kerana sanggup menuruti kemahuan saya dengan penggambaran yang memakan masa 24 jam. Bermula 6 pagi sehingga 6 pagi keesokan harinya.

“Saya menghargai karya komposer Zai Hamzah dan Oja yang tidak tidur banyak hari demi menyiapkan lagu saya. Tiga hari setelah menerima lagu terus ke sesi rakaman.

“Lirik sebahagiannya dari saya sendiri digabungkan idea bersama Zai Hamzah dan Oja. Saya hargai semua krew, guru vokal yang bekerja k.e.r.a.s. Berharap sudi bekerjasama lagi nanti,” katanya.

Menurutnya lagi, ada sebab tertentu mengapa lagunya  diberi tajuk ‘Hujan’ selepas ada netizen yang bertanya mengapa tidak diletakkan ‘Ban.jir’ kerana ia lebih tepat untuk menggambarkan du.ga.an dilalui Iqbal.

“HUJAN kerana waktu itu saya kebasahan di tengah hujan, dihalau ketika sedang hujan lebat. Bukan ban.jir,” jawabnya ringkas.

Sumber:

[1] Rujukan dan Gambar Utama: Gempak Online

[2] Gambar-gambar lain: Instagram ahmadiqbalzulkefli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *