Facebook Tukar Nama Kepada ‘Meta’, Ini Rupanya Maksud Sebenar Nama Baru Tu

Baru-baru ini  kita digemparkan dengan berita yang mana Facebook akan menukar syarikatnya bagi mengalihkan tumpuan kepada ‘metaverse’.

Teka-teki mengenai nama baharu syarikat itu akhirnya terjawab apabila pengasasnya, Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan menukar nama korporatnya kepada Meta.

Laporan CNN melaporkan, nama baharu itu telah diumumkan oleh Zuckerberg semasa persidangan realiti ma.ya, Facebook Connect, semalam.

Dalam pada itu, pertukaran nama itu adalah selaras dengan fokusnya kepada ‘metaverse’, yang mendorong kepada usaha untuk menggabungkan teknologi realiti ma.ya dan ditambah dalam alam online baharu.

“Untuk ke tahap yang seterusnya, saya banyak memikirkan identiti kami kerana Facebook adalah salah satu produk teknologi yang paling banyak digunakan dalam sejarah dunia.

“Ia adalah jenama media sosial yang ikonik, tetapi semakin hari ia tidak merangkumi semua perkara yang kami lakukan,” katanya dalam persidangan itu.

Menurutnya lagi, boleh dikatakan hampir semua masyarakat di dunia mengganggap syarikatnya sebagai syarikat media sosial, padahal mereka lebih daripada itu.

“Kami adalah sebuah syarikat yang membina teknologi untuk menghubungkan orang ramai dan ‘metaverse’ adalah sempadan seterusnya yang sama seperti rangkaian sosial ketika kami bermula dulu,” katanya.

Sekadar info, Meta telah dinspirasikan dari perkataan Yu.na.ni meta yang bermaksud ‘me.lam.paui sesuatu’. Perkataan ini adalah satu simbolik kepada sentiasa ada sesuatu yang perlu dibina.

Sumber:

[1] Rujukan dan Gambar Utama: SiakapKeli

[2] Gambar-gambar lain: Facebook Mark Zuckerberg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *