Penαngan Memakai Seluar Pendek, Isteri Kongsi Detik Lucu Suami Terpαksα Tukar Kain Pelikat Sebelum Masuk JPJ

Seperti mana yang kita sedia maklum, apabila berurusan dengan jabatan kerajaan, pelanggan mestilah mematuhi etika dan un.dang-un.dang yang ditetapkan lebih-lebih lagi dalam etika pemakaian yang perlu tampil dengan pakaian yang sopan dan kemas.

Walaupun kita sudah menjelang tahun 2022, tetapi terdapat segelintir masyarakat yang masih kurang peka berkenaan hal ini.

Situasi sedemikian terjadi kepada satu pasangan muda yang tidak mengikut etika pemakaian yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

Kisah ‘lucu’ lelaki tersebut Danial Hadi dikongsi oleh seorang wanita yang merupakan isterinya @ainhadi0505 menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok.

Tambahan pula, gadis cantik itu yang juga pengasas produk kesihatan merakam aksi suaminya selepas tidak dibenarkan masuk ke premis tersebut oleh ‘pak guard’ kerana memakai seluar pendek.

Meskipun begitu, mujurlah suaminya sentiasa menyimpan kain pelikat di dalam kereta sebagai persediaan bagi menunaikan solat Jumaat.

Berikut merupakan beberapa komen daripada netizen yang melucukan kepada kedua pasangan ini:

 

Video mereka ini mendapat 547,000 itu menerima hampir 1,000 komen ne.ti.zen memberi kri.ti.kan membina supaya suaminya lebih peka dengan peraturan pemakaian dan menutup au.rat dengan sempurna.

Dalam pada itu, dia sempat menyatakan bahawa dia dan suaminya tidak peka dengan etika pemakaian kerana mereka belum pernah mengalami situasi sedemikian rupa.

Sumber:

[1] Rujukan dan Gambar Utama: Ohmymedia

[2] Gambar-gambar lain: Tiktok ainhadi0505

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *