Mimpi Bertemu Rasulullah SAW, Seorang Lelaki Memeluk Islɑm

Sebagai umat Islam, kita sering mendengar bahawa hidayah perlu dicari dan bukan hanya ditunggu.

Tetapi lain pula kisahnya, tentang seorang lelaki yang bernama Sanford Pass, apabila hidayah telah datang kepadanya dengan izin Allɑh SWT.

Dikatakan, dia memutuskan untuk memeluk Islɑm setelah bermimpi bertemu Rasulullah SAW.

Gambar hiasan

Walaupun Sanford sebelumnya tidak memiliki pengetahuan tentang Islɑm, malahan tidak pernah belajar tentang Islɑm.

Bahkan, dia juga tidak pernah berinteraksi dengan secara dekat dengan mana-mana orang Islam sebelum ini.

Kenyataan diatas dikeluarkan setelah ditanya tentang perkara yang membuatkan dia mengambil keputusan besar ini, dengan memeluk Islɑm dan menjadi mualaf.

Katanya, dia bermimpi melihat seseorang yang bersinar hingga tidak dapat melihat wajahnya tetapi dia yakin bahawa orang itu sedang menatapnya sambal tersenyum.

Gambar hiasan

Setelah terjaga, dia menceritakan mimpinya kepada seorang imam dan sang imam memahami dan mentafsirkan mimpi itu.

Imam tersebut menyimpulkan bahawa orang yang datang ke dalam mimpi Sanford ialah Nabi Muhammad SAW.

Baginda digambarkan mengenakan pakaian serba putih dengan selendang berwarna emas, serta serban emas sama seperti yang dilihat  Sanford dalam mimpinya itu.

Beliau merasakan mimpi itu membawa kedamaian kepadanya dan malah merasa lebih bahagia, seolah-olah telah memenangkan sesuatu.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa dia tidak dapat menjelaskan mimpinya itu tetapi dia yakin bahawa apa yang dilihatnya ialah kebenaran hingga akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islɑm.

Hakikatnya, Nabi Muhammad sangat sayangkan umatnya dan tidak menjadi sesuatu yang mustahil untuk mendatangi umatnya dalam mimpi.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Apa Cerita Press.

[2] Gambar utama, Majalah Sinar dan Youtube.

[3] Gambar 1, Faiz Saaid.

[4] Gambar 2, News Detik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *